Monday, October 25, 2010

Latar belakang Masjid Negeri


  • Tanah Tanah Kerajaan Negeri lebih kurang 11 ekar, dipersimpangan Jalan Air Itam dan Green Lane. Menurut taksiran harga tanah ini ialah bernilai RM1,811,000.00.
  • Reka Bentuk Reka Bentuk Model rekabentuk Masjid Negeri ini disediakan oleh Jabatan KerjarayaPulau Pinang. Akiteknya ialah Encik E.B. Paz, yang berasal dari Filipina. Beliau seorang pakar dalam mereka bentuk masjid. Beliau telah mengkaji rekabentuk beberapa buah masjid yang terkemuka dan termasyur di Asia Barat sebelum membuat rekabentuk Masjid Negeri Pulau Pinang.
Encik E.B. Paz adalah seorang akitek yang berkhidmat dengan Jabatan Kerjaraya Pulau Pinang secara kontrek khas untuk pembinaan Masjid Negeri, di bawah pengawasan Datuk Koh Kok Ee, Pengarah Jabatan Kerjaraya.
  • Pemborong Pemborong yang berjaya mendapat tawaran membina dan menyiapkan Masjid Negeri yang indah ini dari beberapa pemborong yang lain ialah M/s Loh Thow Yoong Sdn.Bhd. dengan harga kos pembinaan sebanyak RM5 juta.
  • Sumber Kewangan Sumber-sumber kewangan yang diperolehi untuk membiayai pembinaan Masjid Negeri adalah seperti berikut hingga tarikh 31 Julai, 1980                      
  • Kerajaan Persekutuan RM2,104,610.00
  • Kerajaan Negeri RM1,500,00
  • Derma-derma Orang Ramai RM1,245,264.11

No comments:

Post a Comment